ENGLISH | BAHASA

KENALI MAJLIS
GETAH MALAYSIA

Majlis Getah Malaysia (MRC), dahulunya dikenali sebagai Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC) telah ditubuhkan pada 14 April 2000 di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).

MRC ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah yang dilantik oleh Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK). MRC bertanggungjawab untuk mempromosikan getah dan produk getah berkualiti Malaysia di pasaran dunia. MRC mempunyai pejabat di luar negara iaitu di Amerika Syarikat (USA), China dan India.

Majlis Getah Malaysia Menerajui Pemacuan Kemampanan dalam Industri Getah

Majlis Getah Malaysia Menerajui Pemacuan Kemampanan dalam Industri Getah
18 Jan 2024

Majlis Getah Malaysia Menerajui Pemacuan Kemampanan dalam Industri Getah


MRC Mempamerkan Komponen Getah Automotif Berkualiti di China

MRC mengetuai pengilang dan pengeksport produk getah Malaysia iaitu Fudex Rubber, ASAP International, Good Rubber Works dan Top Glove dalam Automechanika Shanghai yang berlangsung dari 29 November – 2 Disember 2023 di Shanghai, China. Terdapat lima buah syarikat produk getah Malaysia yang turut mengambil bahagian secara bersendirian iaitu Cooltec, HML Auto, Maxter Glove, Pro-Tec Marketing dan Schmaco Auto Parts.

Pavilion MRC Malaysia menampilkan pelbagai komponen getah automotif yang berkualiti tinggi dari Malaysia pada pameran tersebut. Penyertaan MRC telah dipertingkatkan melalui pengiklanan di kotak iklan utama yang terletak di jalan masuk ke tapak pameran untuk mempromosikan komponen getah automotif buatan Malaysia. Edisi Automechanika Shanghai seterusnya dijadualkan akan berlangsung pada 2-5 Disember 2024 di National Exhibition and Convention Center (Shanghai).

MRC Mempamerkan Komponen Getah Automotif Berkualiti di China
12 Dis 2023

MRC Mempamerkan Komponen Getah Automotif Berkualiti di China


MRC Mempromosikan Peranti Getah Perubatan di Pameran Perdagangan Terkemuka Dunia

MRC telah menerajui lima pengeluar dan pengeksport peranti getah perubatan (RMD) Malaysia iaitu Biomax, Longcane Industries, Nulatex, Rubber Leisure dan TCS Quality & Productivity dalam pameran perubatan terbesar di dunia iaitu MEDICA yang berlangsung dari 13 – 16 November 2023 di Düsseldorf, Jerman. Terdapat 5,372 syarikat mempamerkan di MEDICA tahun ini, bersama dengan 735 rakan pempamernya di COMPAMED 2023iaitu pameran industri teknologi perubatan yang berlangsung di lokasi yang sama.Pameran in telah berjaya menarik seramai 83,000 orang profesional penjagaan kesihatan (meningkat daripada 81,000 orang pada 2022) dan kira-kira tiga perempat daripada pengunjung adalah dari 166 negara luar. Dengan daya tarikan pelawat antarabangsa, perkadaran pembuat keputusan yang tinggi, program sampingan yang bermaklumat dan kepelbagaian inovasi di keseluruhan rantaian nilai tambah, MEDICA memain peranan sebagai platform yang sangat baik untuk perniagaan penjagaan kesihatan di seluruh dunia dan pertukaran ilmu pakar peringkat atasan. Pelbagai jenis produk RMD buatan Malaysia telah dipamerkan seperti sarung tangan perubatan, kondom dan kateter Foley serta pengiklanan utama yang ditonjolkan MRC di beberapa lokasi termasuk di tapak dan pintu masuk dewan. Edisi seterusnya untuk pameran perdagangan tahunan ini dijadualkan berlangsung dari 11 - 14 November 2024.

Peserta Pavilion MRC Malaysia di MEDICA 2023
MRC Mempromosikan Peranti Getah Perubatan di Pameran Perdagangan Terkemuka Dunia
27 Nov 2023

MRC Mempromosikan Peranti Getah Perubatan di Pameran Perdagangan Terkemuka Dunia

Berita
Terkini

Berita
Industri

Plant Utilisation of Rubber Glove Makers Improve

11 Mac 2024

Baca Lagi

Update on China’s Regulatory Requirements for Medical Gloves

05 Mac 2024

Baca Lagi

Sorotan
Media

Eksport produk lateks bukan sarung tangan pulih dengan pantas - MRC

BERNAMA

13 Dis 2022

Baca Lagi

MRC bantu PMKS tingkat kemajuan teknologi perkasa pengeluaran getah

Berita Harian

08 Dis 2022

Baca Lagi