Bahasa | English | 中文 | Bahasa Lain
 
Utama > Industri Getah > Mengenai Industri

Mengenai Industri

Pengeluaran, Penggunaan dan Dagangan Getah Dunia

Pada tahun 2016, jumlah pengeluaran getah dunia dianggarkan berjumlah 26.9 juta tan, meningkat pada kadar purata tahunan sebanyak 2.2% daripada 23.7 juta tan pada tahun 2010. Pengeluaran getah asli adalah sebanyak 12.3 juta tan, menyumbang 46% kepada pengeluaran getah dunia, manakala pengeluaran getah sintetik menyumbang 54%, dengan anggaran pengeluaran sebanyak 14.6 juta tan pada tahun 2016.

Carta 1: Pengeluaran, Penggunaan dan Dagangan Getah Dunia, 2010-2016 (ribu tan)

Pengeluaran, Penggunaan dan Dagangan Getah Dunia

Sumber: International Rubber Study Group (IRSG)

 

Pengeluaran, Penggunaan dan Dagangan Getah Malaysia

Penggunaan

Malaysia merupakan pengguna getah yang kelapan terbesar di dunia pada tahun 2016. Negara-negara lain yang berada dalam kalangan sepuluh pengguna terbesar dunia termasuk China, Amerika Syarikat, India, Jepun, Thailand, Brazil, Indonesia, Jerman, and Rusia. Dari segi penggunaan getah asli, Malaysia didahului China, India, Amerika Syarikat, Jepun, Thailand dan Indonesia. Pengguna utama getah asli yang lain termasuk Brazil, Korea Selatan dan Jerman.

Dengan adanya bahan-bahan mentah yang berkualiti, kestabilan politik dan infrastruktur moden, serta sokongan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dari Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak (TARRC), Malaysia kekal sebagai pemain global dalam industri getah, membekalkan pelbagai produk getah di pasaran dunia.

Sila layari halaman MREPC Marketplace untuk senarai lengkap produk getah yang dihasilkan dan pengeluar produk getah di Malaysia.

Pengeluaran

Malaysia merupakan pengeluar getah asli yang kelima terbesar di dunia, selepas Thailand, Indonesia, Vietnam dan China. Pengeluaran getah asli di Malaysia merosot sebanyak 6.6% daripada 0.72 juta tan pada tahun 2015 kepada 0.67 juta tan pada tahun 2016. Eksport getah asli mencatatkan penurunan sebanyak 10.7% daripada 1.1 juta tan pada tahun 2015 kepada 1.0 juta tan pada tahun 2016. Namun begitu, Malaysia tetap merupakan pengeksport bersih untuk getah asli. Penggunaan getah asli meningkat sebanyak 4% daripada 474.7 juta tan pada tahun 2015 kepada 493.5 juta tan pada tahun 2016. Pengguna boleh memilih Malaysia sebagai sumber bekalan getah mentah gred SMR (Standard Malaysian Rubber) yang berkualiti, getah khusus seperti ENR, DPNR dan TPENR, serta lateks pekat termasuk Lateks Berprotein Rendah. Sementara itu, pengeluaran getah sintetik di Malaysia meningkat sebanyak 23% daripada 0.10 juta tan pada tahun 2015 kepada 0.12 juta tan pada tahun 2016. Eksport getah sintetik turut mencatat peningkatan sebanyak 49.7% daripada 0.08 juta tan pada tahun 2015 kepada 0.11 juta tan pada tahun 2016. Walau bagaimanapun, Malaysia tetap merupakan pengimport bersih untuk getah sintetik.

Carta 2: Pengeluaran, Penggunaan dan Dagangan Getah Malaysia, 2010-2016 (ribu tan)

Pengeluaran, Penggunaan dan Dagangan Getah Malaysia

Sumber: International Rubber Study Group (IRSG)

 

Produk Getah

Eksport

Eksport barangan getah dari Malaysia melepasi RM18 bilion pada tahun 2016, mencatatkan pertumbuhan tahunan positif sebanyak 0.9%. Peningkatan eksport disumbangkan oleh barangan getah bukan lateks, di mana eksport kasut menunjukkan prestasi eksport yang memberangsangkan dengan kadar pertumbuhan sebanyak 28% daripada tahun lepas, diikuti peningkatan sebanyak 5% daripada eksport barangan getah am. Antara barangan getah am yang mencatatkan pertumbuhan tinggi dalam eksport termasuk pelekap dan gasket, peralatan dan aksesori otomotif, alas lantai, serta fender. Namun begitu, barangan lateks kekal sebagai penyumbang terbesar kepada eksport produk getah Malaysia, mencapai RM14.6 bilion pada tahun 2016 dengan sumbangan sebanyak 80.7% kepada jumlah eksport produk getah tahun tersebut. Sarung tangan getah di bawah kategori barangan lateks terus menyumbang secara signifikan kepada jumlah eksport barangan getah, mencapai RM13.3 bilion dari segi nilai eksport atau 73.2% daripada jumlah nilai kesemua produk getah yang dieksport.

Carta 3: Eksport Barangan Getah Malaysia, 2010-2016 (RM juta)

Eksport Produk Getah Malaysia

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOS), Malaysia

Carta 4: Eksport Barangan Getah Bukan Lateks Malaysia, 2010-2016 (RM juta)

Eksport Barangan Bukan Latex Malaysia

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOS), Malaysia

Destinasi

Barangan getah Malaysia kini dieksport ke lebih daripada 190 buah negara di seluruh dunia. Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun kekal sebagai pasaran terbesar bagi produk getah Malaysia, menyumbang 40% kepada jumlah eksport barangan getah Malaysia. Pasaran lain yang penting bagi produk getah Malaysia termasuk China, UK, Australia dan Brazil.

 

Carta 5: Eksport Barangan Getah Malaysia Mengikut Destinasi, 2016

Eksport Barangan Getah Mengikut Destinasi Pada Tahun 2015

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOS), Malaysia

 

Eksport Barangan Getah Terpilih Malaysia

Malaysia terkenal di seluruh dunia dengan barangan getah yang bermutu tunggi dan berharga kompetitif. Pengeluar produk getah Malaysia terdiri daripada syarikat multinasional dan usaha sama dari pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun, serta perusahaan milik tempatan. Syarikat-syarikat ini membekalkan pelbagai jenis barangan getah termasuk sarung tangan perubatan, komponen automotif, hos dan galas struktur.

Malaysia kekal sebagai pembekal utama dunia bagi sarung tangan perubatan (sarung tangan pemeriksaan dan pembedahan), dengan memenuhi lebih daripada 50% jumlah permintaan dunia. Malaysia juga merupakan salah satu pembekal utama dunia bagi kateter 'Foley', kondom dan benang getah (dari segi nilai). Benang getah digunakan terutamanya dalam industri pakaian sebagai tali getah anjal dan sokongan. Produk lateks lain yang dihasilkan di Malaysia termasuk puting dan penenang serta sarung jari. Malaysia juga menghasilkan pelbagai pilihan barangan getah perindustrian seperti hos, tali penghubung, pelekap, wayar dan kabel untuk pasaran dunia.

 

Jadual 1 : Eksport Barangan Getah Terpilih Malaysia, 2010-2016

Barangan Getah Nilai (RM Juta)
2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016
Sarung tangan, selain daripada sarung tangan pembedahan
7,930.1
8,817.0
9,489.2
9,363.2
9,436.5
11,764.8
11,848.8
Sarung tangan pembedaha
985.4
1,074.5
1,070.6
1,170.3
1,265.4
1,332.2
1,432.6
Tiub, paip dan hos
314.0
416.8
422.1
435.4
520.3
656.3
666.0
Benang lateks
785.5
848.2
674.9
575.4
445.6
515.9
520.5
Sarung kontraseptif
282.8
277.1
336.8
354.0
325.5
431.0
388.5
Kateter
126.4
149.1
211.0
316.6
428.1
311.2
201.9
Pelekap dan gasket
70.7
73.8
72.9
84.5
93.5
137.3
183.3
Barangan foam
80.6
74.5
73.0
82.4
96.5
106.9
119.4
Benang getah prarawat
74.2
58.5
44.7
42.4
97.7
97.6
95.3
Tali penghubung
56.6
54.9
70.0
42.8
39.2
32.2
35.3
Wayar, kabel dan lain-lain konduktor elektrik
25.8
30.7
37.1
36.0
25.7
33.3
35.3
Sarung jari
18.4
13.5
13.5
13.0
14.5
19.3
20.3
Puting & penenang
12.4
11.8
12.9
17.0
8.3
15.5
14.4

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOS), Malaysia

Bilangan Pelawat:
Kemaskini Terakhir : 24 November 2017