ENGLISH | BAHASA
Malaysian Rubber Export Promotion Council - MREPC

Anugerah Biasiswa MREPC

MREPC mengundang warganegara Malaysia yang layak untuk memohon biasiswa bagi melanjutkan pengajian mereka di peringkat Sarjana Muda atau pengajian Professional Graduateship of Rubber Technology.

Jika anda mempunyai rekod akademik dan pencapaian ko-kurikulum yang baik, dan yang paling penting, MINAT dan KOMITMEN untuk mengembangkan potensi diri anda ke tahap lebih tinggi bersama-sama dengan industri yang sentiasa berkembang, datanglah menjelajah masa hadapan anda bersama kami.

Beasiswa MREPC dianugerahkan kepada pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), serta pengajian sarjana muda di universiti-universiti terkemuka di Malaysia.

Apa yang ditawarkan oleh Anugerah Biasiswa MREPC?

  • Yuran Pendidikan
  • Elaun Sara Hidup
  • Peluang-peluang Latihan Industri
  • Peluang-peluang Pekerjaan dengan industri setelah tamat pengajia

Apakah syarat-syaratnya?

  • Warganegara Malaysia dan pelajar sepenuh masa di IPTA/IPTS tempatan
  • Keputusan akademik yang cemerlang dalam SPM dan STPM atau setara, dan juga program ijazah sarjana muda (jika ada)
  • Sudah mendapat tempat atau sedang mengikuti program ijazah sarjana muda (Tahun 1 atau 2) di IPTA/IPTS
  • Tidak mendapat sebarang biasiswa, bantuan kewangan atau anugerah lain
  • Mampu menyediakan dua orang penjamin

Bidang pengajian yang kami cari?

  • Kejuruteraan – Kimia/ Mekanikal/ Elektrikal & Elektronik/ Perindustrian/ Bahan/ Tenaga
  • Sains & Teknologi Polimer
  • Environmental Studies
  • Ekonomi/ Pemasaran/ Pengajian Perniagaan/ Akaun/ Analisa Statistik
  • IT/ Sains Komputer/ Kejuruteraan Sistem Komputer

Untuk Memohon?


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Cik Er Chai Ling / Puan Ganeswari di 03-2782 2100 atau e-mel kepada chailing@mrepc.com / ganeswari@mrepc.com.

'Professional Graduateship of Rubber Technology', yang dikendalikan oleh Universiti Kuala Lumpur (UniKL) MICET direka untuk graduan dalam pengkhususan yang berasaskan sains seperti kejuruteraan, sains polimer dan mana-mana kursus berasaskan sains yang lain. 'Professional Graduateship of Rubber Technology' adalah kursus diploma siswazah yang terdiri daripada teori dan latihan praktikal. Pelajar yang terpilih untuk kursus ini perlu menghadiri kelas selama dua bulan dan latihan industri selama empat bulan di kilang-kilang produk getah gabungan PRIM untuk pendedahan amali.

Apa yang ditawarkan oleh Anugerah Biasiswa MREPC?

  • Yuran Pendidikan
  • Elaun Sara Hidup
  • Peluang-peluang Latihan Industri
  • Peluang-peluang Pekerjaan dengan industri setelah tamat pengajia

Apakah syarat-syaratnya?

  • Warganegara Malaysia
  • Mereka yang telah menamatkan pengajian atau sedang berada di semester akhir ijazah sarjana muda dalam bidang berikut:
    • Kejuruteraan Kimia
    • Kejuruteraan Polimer/ Teknologi Polimer
    • Kejuruteraan Bahan
  • Mereka yang telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains atau kejuruteraan dan juga 'Diploma in Plastic and Rubber Institute of Malaysia'
  • Mereka yang telah menamatkan pengajian atau sedang berada di semester akhir dalam pengkhususan sains atau kejuruteraan selain daripada pengkhususan polimer juga boleh memohon biasiswa ini. Walau bagaimanapun, permohonan ini akan dipertimbang berdasarkan kepada subjek yang diambil. Pelajar ini, jika diterima, mereka akan menjalani program penyambungan khas ketika didalam pengajian.

Untuk Memohon?


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Cik Er Chai Ling / Puan Ganeswari di 03-2782 2100 atau e-mel kepada chailing@mrepc.com / ganeswari@mrepc.com.

Hubungi Kami

  Cik Er Chai Ling
chailing@mrepc.com
  Puan Ganeswari
ganeswari@mrepc.com
03-2782 2100