Kenali MREPC
Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC) telah ditubuhkan pada 14 April 2000 di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPKK). MREPC ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah yang dilantik oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi. MREPC ditugaskan untuk menjalankan promosi pasaran produk getah berkualiti dari Malaysia di pasaran dunia, khususnya untuk menyokong perusahaan bersaiz kecil dan sederhana (IKS).
Baca LagiBerita Terkini
Tender Reka Bentuk dan Pembinaan Pavilion MREPC untuk Pameran Perdagangan Antarabangsa dari Julai hingga November 2020
Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC) mempelawa kontraktor-kontraktor Malaysia untuk menyertai tender reka bentuk dan pembinaan pavilion MREPC untuk pameran perdagangan antarabangsa dari Julai hingga November 2020.
Hanya kontraktor gerai yang memenuhi prasyarat layak untuk menyertai tender ini. Kriteria prasyarat untuk kontraktor gerai adalah seperti berikut:-
- Sebuah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
- Syarikat tersebut mestilah ditubuhkan untuk sekurang-kurangnya tiga tahun.
- Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dua tahun dalam mengendalikan pameran perdagangan antarabangsa.
- Berpengalaman dalam mereka bentuk dan membina gerai khas untuk sekurang-kurangnya 6 projek bagi pameran perdagangan antarabangsa.
- Tidak digantung oleh MREPC untuk menyertai tender reka bentuk dan pembinaan gerai.
Syarikat yang berminat diminta menyediakan dokumen sokongan termasuk profil syarikat dan portfolio TERKINI untuk memenuhi prasyarat di atas dan menghantar dokumen tersebut kepada Cik Sheen di [email protected] sebelum jam 12 tengah hari, 23 Mac 2020 (Isnin).
Maklumat yang dikemukakan oleh syarikat akan disahkan oleh MREPC dan kontraktor atau syarikat gerai yang memenuhi prasyarat akan diberitahu kemudian. Kontraktor gerai yang memenuhi prasyarat akan menerima tender document melalui email pada 2 April 2020 Khamis.

Tender Reka Bentuk dan Pembinaan Pavilion MREPC untuk Pameran Perdagangan Antarabangsa dari Julai hingga November 2020
Mac , 2020
Pencapaian Baru MREPC di Arab Health 2020
Penyertaan MREPC dalam edisi ke 45 Arab Health yang diadakan dari 27 - 30 Januari 2020 di Dubai World Trade Centre, Dubai, UAE ternyata menjadi pencapaian yang membanggakan. Pavilion MREPC Malaysia yang terletak di lokasi baru di Dewan 7 telah menempatkan 12 peserta pameran dari syarikat produk getah Malaysia dan menerima lebih 3,000 kunjungan pengunjung sepanjang acara tersebut berlangsung. MREPC juga mengatur lebih dari 100 sesi padanan perniagaan di antara bakal pembeli dan pembekal peralatan perubatan getah Malaysia.
MREPC menggunakan platform promosi baru di tapak pameran yang termasuk iklan besar di pintu masuk utama dan sepanduk grid besar di luar dewan pameran utama yang terbukti memberi kesan memberangsangkan kepada penjenamaan Malaysia sebagai sumber peralatan getah perubatan yang berkualiti dan menarik lebih ramai pengunjung ke Pavilion MREPC Malaysia.
MREPC juga mencatatkan pertanyaan perdagangan yang tertinggi iaitu lebih 400 pertanyaan berbanding dengan edisi terdahulu. Sarung tangan perubatan getah adalah produk yang paling popular, diikuti dengan kateter, kondom dan peralatan getah perubatan yang lain. Sebahagian besar pertanyaan adalah dari negara-negara Timur Tengah, Afrika dan Asia Selatan. MREPC juga berbesar hati untuk menerima lawatan Duta Besar Malaysia ke UAE, Tuan Yang Terutama Mohd Tarid Bin Sufian.
Buat pertama kalinya, MREPC menganjurkan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina yang dihadiri oleh peserta pameran Malaysia dan agensi-agensi kerajaan di UAE. Edisi seterusnya bagi pameran ini akan diadakan dari 1 - 4 Februari 2021 yang juga bersamaan dengan Ekspo Dunia 2020 Dubai.


Pencapaian Baru MREPC di Arab Health 2020
Feb , 2020
Malaysia Menyumbangkan 18 Juta Keping Sarung Tangan Perubatan kepada Wuhan
Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC), Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) dan pengeluar sarung tangan getah Malaysia telah menggembleng tenaga dan berikrar untuk menderma sejumlah 18 juta keeping sarung tangan getah perubatan kepada Wuhan, China untuk membantu memerangi wabak novel coronavirus (2019-nCoV). Inisiatif ini telah diumumkan oleh Menteri Industri Utama, YB Teresa Kok melalui sidang media yang diadakan pada hari Jumaat, 31 Januari 2020 di Kementerian Industri Utama. Dalam acara tersebut, YB Menteri bersama-sama dengan pengeluar sarung tangan getah Malaysia secara simbolik menyerahkan sarung tangan getah perubatan kepada Tuan Yang Terutama Bai Tian, Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia. Syarikat sarung tangan getah yang menyumbang kepada misi kemanusiaan ini adalah Smart Glove, Top Glove, Hartalega, Supermax, Kossan, YTY, Brightway, Koon Seng dan Careplus manakala MREPC juga turut menyumbang sebanyak 2.12 juta keeping sarung tangan getah. Sarung tangan getah perubatan ini yang diperbuat daripada getah asli dan nitrile akan dihantar ke China secara berperingkat dengan kadar segera.


Malaysia Menyumbangkan 18 Juta Keping Sarung Tangan Perubatan kepada Wuhan
Feb , 2020
Promosi Galas Getah Seismik di Persidangan Antarabangsa Tentang Bangunan Berdaya Tahan
Persidangan Antarabangsa Tentang Bangunan Berdaya Tahan yang kesembilan telah dianjurkan di Bali, Indonesia dari 13 � 15 Januari 2020 yang disertai oleh penyelidik dan jurutera dari seluruh dunia. Lebih dari 130 kertas kerja telah dibentangkan di persidangan tersebut yang bertemakan "Pelaburan untuk Mengurangkan Risiko Bencana dan Adaptasi Perubahan Iklim untuk Membangun Bandar Raya Berdaya Tahan". MREPC bersama-sama dengan pengeluar Malaysia, Doshin Rubber telah menyertai acara ini di bawah gerai berkonsep payung. MREPC juga telah berjaya memperolehi slot pembentangan sewaktu persidangan tersebut dan membentangkan kertas kerja bertajuk �Keperluan Redaman dalam Pengasingan Seismik untuk Perlindungan Struktur Ketika Gempa Bumi�. Di persidangan tersebut MREPC menerima banyak pertanyaan daripada penyelidik dan pakar kejuruteraan yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang sistem pengasingan seismik, terutamanya Galas Getah Asli Redaman Tinggi dari Malaysia.

Promosi Galas Getah Seismik di Persidangan Antarabangsa Tentang Bangunan Berdaya Tahan
Jan , 2020















